Eh aku kutuk generasi ke ni? Tak,takyah nak rasa generasi sendiri tu bagus sangat sebab kalau tengok semua generasi pun sama je,produk persekitaran. Aku sinis bila Gen X dan Y rasa diri tu lagi bagus dari Gen Z or Alpha..vice versa..
Maksud aku..semuanya sistematik, pemuda dan pemudi dibunuh dan dijadikan hamba. Maksud aku..
Dari kau zaman kanak-kanak, zaman remaja diracun dengan hiburan yang menjadikan diri kau bak zombie,takyah sembang Universiti kilang,sekolah menghasilkan robot segala sebab kau yang menggerakkan semua tu. Aku pernah sembang dengan kawan aku kat Poli dulu yang lain Course,coz IT bila lecturer dia dengan student lelaki gelak pasal benda lucah..
Asyik gejala sosial dikalangan pelajar je ..Gejala sosial dikalangan pensyarah tak sebut pulak. Kadang-kadang pelajar yang betulkan pensyarah. Pensyarah buat lawak bodoh dan lucah? Sebab tu aku cakap pemuda pemudi diprogram jadi manusia yang hidup bak hamba yang tak habis-habis berhibur dan lupa tanggungjawab diorang yang kononnya " Eh ko ni siyes sangat lah"
Zaman remaja tengok benda soft porn,anime lucah,novel softporn
Zaman young adult tengok porn
Zaman dewasa jadi hamba porn, hamba nafsu
(??) jadi penjenayah paling ekstrim
Diorang ni tak mengira pekerjaan, ada yang jadi cikgu,jadi pensyarah, jadi doktor,jadi ahli perniagaan, jadi content creator.
Nilai seseorang tu akan berkurang kalau dia jadi hamba dan dalam masa yang sama,Syarikat dibelakang benda-benda yang menghancurkan remaja-remaja dan pemuda kita ni mengaut untung bilion dolar. Lepastu mulalah puak-puak "Dunia ni duit yang kawal" salah. Duit cuma alat yang boleh ubah dunia ni,siapa ada duit banyak dialah boleh ubah dengan alat "Duit". Sebab tu penting Malaysia ada animasi sendiri, filem sendiri, pemikiran sendiri sebab apa yang korang tengok ,baca tu memang mempengaruhi seseorang pun. Yang bukan terlibat dalam pemasaran dan propaganda takkan akui benda ni,diorang tahu manusia akan berubah dengan maklumat, dan seni adalah menurut Orwell adalah propaganda,sebab tu orang yang banyak konsum benda lucah sanggup habiskan duit untuk tengok benda lucah,dan abaikan benda lain sebab " Hamba " dan terpengaruh dengan konsep kebebasan. Takde yang bebas.
Macam aku cakap. Orang ada duit ibarat ada alat yang paling kuasa.Sebab tu start menjaga,sebab dengan duit, kau boleh ubah dunia ni,bukan masuk Politik. Sebab tu orang bisnes yang pegang ahli politik, bukan idea entah apa-apa. Tambahan tindakan lagi berkuasa dari idea.
Ulasan
Catat Ulasan