Langkau ke kandungan utama

FAQ about me


Umur berapa?

Aku lahir 1997. Kira sendiri, penat cikgu ajar.


Tinggi

178 cm. Biasa kan?


Favourite song?

Actually disebalik kegilaan lelaki ini,aku sebenarnya suka gak lagu jiwang tak kisah Malaysia ke Indonesia. Nak healing jap. Tapi..tapi irama Malaysia tu wajib dengar kalo siapa yang org Malaysia tak dgr aku tak bagi rendang masa raya.


Eh jap,kau lelaki ke?

Aku perempuan yang terperangkap dalam badan lelaki🤡


Single ke taken?Jom couple saya btw laki😏

Jap aku block kau.


Favourite drama?

Aku tak tengok sangat drama luar sebenarnya kecuali yang lalu kat fyp,aku suka drama Melayu yang pukul 10 yang takde megah holdings macam derita Pia,Hilang yang Kembali,dan banyak lagi dimana bukan pasal datuk datuk. 


Bila nak kahwin?

Tak sure bila tapi I hope my future wife terima aku seadanya dan aku pun terima dia seadanya dan dua-dua cuba jadi lagi baik..ecececece yaa aku tahu mana ada semudah itu.


Kau ni jenis yang macam eh?

Jenis yang pendiam dan kau akan cop sombong sebab serius kat tempat kerja. Aku takde masa untuk sembang yang takde faedah. But kalau kau rapat dengan aku,aku akan cuba hargai kau walau siapapun kau.


Zaman ateis dulu macam mana?

Sejujurnya, aku menipu diri aku masa tu hidup dalam kesengsaraan jiwa.


Tips hilangkan loneliness

Hahaha aku kene buat post pasal ni.


Bahagia tak dengan kehidupan sekarang?

Yes. Aku ada keluarga dan tujuan hidup yang bukan semata-mata pasal manusia.


Gejala sosial dikalangan remaja kian meruncing dan menimbulkan keresahan masyarakat. Huraikan punca-punca keruntuhan moral dikalangan remaja dalam 300-500 patah perkataan.

 Adik-adik SPM ok tak ni? 🗿🗿



Soalan boleh komen bawah🥳


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Siapa cakap budak Kolej Komuniti noob,sumbat tempe dalam mulut dia

Ada lalu sedikit sebanyak stigma terhadap budak Kolej Komuniti bahawa diorang ni budak gagal. Ye ke? Masa aku Politeknik, terdapat budak Kolej Komuniti yang sambung Diploma dan kebanyakan diorang ni jadi pemimpin kat Politeknik dan tersangat matang dan tak macam aku yang terkapai masa tu >>>what's next? Sedangkan diorang dah "this is next!". Di Kolej Komuniti diorang sikit teori dan fokuskan praktikal sampaikan diorang ni power,budak IT Poli pun kalah bai dalam satu pertandingan. Dan bila diorang ni masuk Diploma, diorang ni dah belajar asas semua tu. Dan aku buat teori disebabkan sikap kegigihan diorang ambik sijil,benda tu yang jadikan diorang cemerlang di Politeknik. Indeed,aku pun tak kisah SPM aku gempak sebab benda tu dah lepas.  Sikap tu momentum kau,bukan keputusan. Ramai 4.00 tapi lepas sebulan hilang semua apa dibelajar. Kalau kau meletakkan kecerdasan pada kejayaan masa lalu,kau tak rasa pelik ke sebab manusia sememangnya akan tetap belajar dan kegigih

Hi dunia blog

 Assalamualaikum dan hello, Saya Azraii Daniel Bin Mohamad Luth. Saya berusia 13 tahun ni. Blog ni untuk saya kongsikan minat saya :).>< Tahun ni saya masuk Tingkatan Satu kat Kolej Abdullah Rafqi sebab UPSR saya 6A. Saya ada seorang adik dan dia lahir beberapa bulan yang lepas. Saya suka membaca dan menulis. Selamat berkenalan dengan rakan blogger semua🥰

'Bang,laptop apa bagus untuk Graphic Design?'

Aku baru bukak blog untuk post yang lepas,ada sorang follower ni komen jadi aku reply dalam post sbb blogger sekarang tak dapat tempek link. Before tu nak beli laptop ni kena tengok specs bukan tengok jenama eh, Untuk student aku cadangkan beli specs:  i3 11th Gen/i5 8th Gen Tapi kalau tak cukup bajet jangan beli ,beli yang 1.2k pun dah okey dan guna web application mcm website cloud banyak je sekarang tak perlu download software. Tapi untuk kes adik tu,aku cadangkan laptop DELL Inspiron 15 yang asalnya harga RM2000++ tapi sekarang tengah turun harga RM1,700. Ngam ngam dengan bajet adik tu. Nah ni  boleh tekan link ni Semoga adik dipermudahkan urusan dan berjaya bukan kat akademik je tau tapi pelajar yang terbaik.😁