Langkau ke kandungan utama

Website tool untuk budak IPT!! FREE

Assalamualaikum guys,hari ini aku takde hal nak membebel dan nak share tool untuk mudahkan terutamanya yang masih belajar di IPT tak kisah TVET ke akademik takpun Matrik. Tool ni ada insyaallah FREE😁. Aku siap link sekali kat setiap tajuk. Tinggal bookmark kat web browse korang.

Okey,ini aku letak first sebab ramai adik-adik yang pakai software crack dan berbaya,no no no jangan pakai Microsoft Office yang tak berbayar atau korang download dari mana entah. Dalam Only Office ni ada banyak fungsi macam Microsoft Office dan kalau korang berkeras gak boleh pakai Microsoft Office 365 takpun Google Workspace. Jangan guna barang curi!

Yang ni kalau siapa yang tulis ayat English dan nak semak tulisan korang boleh semak, takut dah confident tulis lepastu banyak kesalahan grammar sambil tu korang boleh belajar untuk tingkatkan kemahiran bahasa kemahiran korang. Takut jadi mcm puak Twitter tulis dlm English tapi banyak gila kesalahan 🤭. 

Yes,tool ni bagi aku lagi simple dari produk adobe walaupun dia fokus kat design. Adik-adik yang nak buat poster undilah saya takpun nak buat presentation nak impress lecturer boleh pakai canva,banyak
 Canva ni boleh buat tau.

Ni untuk gambar takde copyright ada macam-macam gambar sebenarnya kalau nak guna untuk projek korang. Aku selalu pergi sini nak cari gambar, dan bukannya pergi Pinterest sbb owner tak kasi izin!

Korang malas nak pinjam buku? Ni PNM ada buat elibrary,tinggal pasang app ereader je. Ikut elibrary, ada sumber rujukan korang nak pakai.

Ni website legend kalau sesiapa nak belajar berkaitan programming dengan Cybersecurity, dia bersifat praktikal dan semua sumber tu percuma.

Ni untuk korang download video kat YouTube, tinggal taip. Tapi pastikan minta izin dengan pemilik video.

Hah budak uni leh check website kamus ni. Kurang le beban nak beli Dictionary bagai.

Yang ni lagi banyak sumber bahan bacaan dan rujukan untuk bacaan berkaitan bidang korang walaupun dibangunkan untuk rakyat Indonesia.

Yang ni website laman web untuk tambahkan dan luaskan bahan bacaan korang dan memang banyak course yang berguna! 

Yang ni tool untuk matematik paling power bagi aku walaupun bab matematik ni alah kacang je. Macam-macam fungsi dia ada tau,takyah nak bayar app sekian,just guna website ni je.


Dah tu je yang aku ingat,korang boleh simpan kat browser korang cepat,terutamanya adik-adik yang tak tahu tool yang bagus kat website ni,jangan habiskn duit parents atau bayar duit biasiswa/bantuan korang untuk benda cenggini! Duit tu untuk makan,untuk beli bahan fotostat takpun beli laptop,pasal laptop tu aku buat post lain nanti, kau taulah barang sekarang naik jangan ikut ajaran sesat, ajaran aku boleh🤗

Ulasan

  1. Bang,saya pun nak masuk IPT bidang Graphic Design tapi tak tahu nak pakai laptop apa. Laptop apa je yang bagus tapi bawah 1.8k😥?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada je dik,nanti abang buat post untuk adik lepasni sbb kat komen ni tak boleh letak link. Congrats sbb sambungan belajar,belajar elok-elok😁

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Siapa cakap budak Kolej Komuniti noob,sumbat tempe dalam mulut dia

Ada lalu sedikit sebanyak stigma terhadap budak Kolej Komuniti bahawa diorang ni budak gagal. Ye ke? Masa aku Politeknik, terdapat budak Kolej Komuniti yang sambung Diploma dan kebanyakan diorang ni jadi pemimpin kat Politeknik dan tersangat matang dan tak macam aku yang terkapai masa tu >>>what's next? Sedangkan diorang dah "this is next!". Di Kolej Komuniti diorang sikit teori dan fokuskan praktikal sampaikan diorang ni power,budak IT Poli pun kalah bai dalam satu pertandingan. Dan bila diorang ni masuk Diploma, diorang ni dah belajar asas semua tu. Dan aku buat teori disebabkan sikap kegigihan diorang ambik sijil,benda tu yang jadikan diorang cemerlang di Politeknik. Indeed,aku pun tak kisah SPM aku gempak sebab benda tu dah lepas.  Sikap tu momentum kau,bukan keputusan. Ramai 4.00 tapi lepas sebulan hilang semua apa dibelajar. Kalau kau meletakkan kecerdasan pada kejayaan masa lalu,kau tak rasa pelik ke sebab manusia sememangnya akan tetap belajar dan kegigih

Hi dunia blog

 Assalamualaikum dan hello, Saya Azraii Daniel Bin Mohamad Luth. Saya berusia 13 tahun ni. Blog ni untuk saya kongsikan minat saya :).>< Tahun ni saya masuk Tingkatan Satu kat Kolej Abdullah Rafqi sebab UPSR saya 6A. Saya ada seorang adik dan dia lahir beberapa bulan yang lepas. Saya suka membaca dan menulis. Selamat berkenalan dengan rakan blogger semua🥰

'Bang,laptop apa bagus untuk Graphic Design?'

Aku baru bukak blog untuk post yang lepas,ada sorang follower ni komen jadi aku reply dalam post sbb blogger sekarang tak dapat tempek link. Before tu nak beli laptop ni kena tengok specs bukan tengok jenama eh, Untuk student aku cadangkan beli specs:  i3 11th Gen/i5 8th Gen Tapi kalau tak cukup bajet jangan beli ,beli yang 1.2k pun dah okey dan guna web application mcm website cloud banyak je sekarang tak perlu download software. Tapi untuk kes adik tu,aku cadangkan laptop DELL Inspiron 15 yang asalnya harga RM2000++ tapi sekarang tengah turun harga RM1,700. Ngam ngam dengan bajet adik tu. Nah ni  boleh tekan link ni Semoga adik dipermudahkan urusan dan berjaya bukan kat akademik je tau tapi pelajar yang terbaik.😁