Langkau ke kandungan utama

aku terlanggar anak kucing sampai patah tangan😓😓😓

Beberapa hari lepas aku takleh duduk diam betapa aku rasa bersalah kat anak kucing tu..aku nangis waktu bawak anak kucing tu kat klinik😥 dia masih hidup cuma tangan tu dah hilang satu,anak kucing tu macam dalam kesakitan...berdosanya aku🥺🥺.

Kisah dia macam ni,aku sebenarnya pakai kereta pergi kerja sebab hujan then waktu nak balik tu aku terlanggar seekor anak kucing yang masih kecik lagi dan dia mengiau carik mak dia kot tapi tangan dia dah kene seret macam tu dan aku yang bersalah dalam benda ni😢. Aku bawak dia gi klinik veterinar terdekat dan kesian anak kucing tu tangan dia satu tu patah seumur hidup😓😓. Aku bawak balik kucing ni ke rumah aku memandangkan tak jumpa mak dia kat kawasan pejabat kitorang.

Sekarang anak kucing ni duduk diam kat dalam bakul yang aku letak baju lama dalam tu. Anak kucing tu aku bagi nama 'Putih' sebab bulu dia putih tompok hitam gitu dan aku nak jagalah anak kucing ni sampai jumpa mak dia😢...

Aku pun berhati-hati kalau nak parking masuk sebab mana tahu ada lagi anak kucing yang kena langgar. Hancur hati tengok kucing dah lenyek kat jalan raya sebab nak melintas..emosional gila aku untuk beberapa hari tu.😥


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Siapa cakap budak Kolej Komuniti noob,sumbat tempe dalam mulut dia

Ada lalu sedikit sebanyak stigma terhadap budak Kolej Komuniti bahawa diorang ni budak gagal. Ye ke? Masa aku Politeknik, terdapat budak Kolej Komuniti yang sambung Diploma dan kebanyakan diorang ni jadi pemimpin kat Politeknik dan tersangat matang dan tak macam aku yang terkapai masa tu >>>what's next? Sedangkan diorang dah "this is next!". Di Kolej Komuniti diorang sikit teori dan fokuskan praktikal sampaikan diorang ni power,budak IT Poli pun kalah bai dalam satu pertandingan. Dan bila diorang ni masuk Diploma, diorang ni dah belajar asas semua tu. Dan aku buat teori disebabkan sikap kegigihan diorang ambik sijil,benda tu yang jadikan diorang cemerlang di Politeknik. Indeed,aku pun tak kisah SPM aku gempak sebab benda tu dah lepas.  Sikap tu momentum kau,bukan keputusan. Ramai 4.00 tapi lepas sebulan hilang semua apa dibelajar. Kalau kau meletakkan kecerdasan pada kejayaan masa lalu,kau tak rasa pelik ke sebab manusia sememangnya akan tetap belajar dan kegigih

Hi dunia blog

 Assalamualaikum dan hello, Saya Azraii Daniel Bin Mohamad Luth. Saya berusia 13 tahun ni. Blog ni untuk saya kongsikan minat saya :).>< Tahun ni saya masuk Tingkatan Satu kat Kolej Abdullah Rafqi sebab UPSR saya 6A. Saya ada seorang adik dan dia lahir beberapa bulan yang lepas. Saya suka membaca dan menulis. Selamat berkenalan dengan rakan blogger semua🥰

'Bang,laptop apa bagus untuk Graphic Design?'

Aku baru bukak blog untuk post yang lepas,ada sorang follower ni komen jadi aku reply dalam post sbb blogger sekarang tak dapat tempek link. Before tu nak beli laptop ni kena tengok specs bukan tengok jenama eh, Untuk student aku cadangkan beli specs:  i3 11th Gen/i5 8th Gen Tapi kalau tak cukup bajet jangan beli ,beli yang 1.2k pun dah okey dan guna web application mcm website cloud banyak je sekarang tak perlu download software. Tapi untuk kes adik tu,aku cadangkan laptop DELL Inspiron 15 yang asalnya harga RM2000++ tapi sekarang tengah turun harga RM1,700. Ngam ngam dengan bajet adik tu. Nah ni  boleh tekan link ni Semoga adik dipermudahkan urusan dan berjaya bukan kat akademik je tau tapi pelajar yang terbaik.😁