Langkau ke kandungan utama

Kepada adik-adik kat Polycc,esok dah boleh check keputusan exam, ni nasihat aku

Aku dapat tahu kat atasan aku anak dia dah check result keputusan final exam bermula hari ni untuk Politeknik dan Kolej Komuniti.
Satu je pesanan aku sebagai graduan Politeknik dan bekas pelajar Universiti. And time nak otw gi kerja ni aku nak menulis kejap.  

Yes,aku tahu some of korang akan bagi expectation untuk result exam korang and bila tak capai expectation tu,korang kecewa. But abang(eceh bahasakan diri abang jap hahahahaha cringe) time Politeknik dulu salu je 3.7,3.8,3.5 dan satu sem je 4.00 although before that abang masuk U memang always 4.00,sebab apa? Aku pun frust tak dapat 4.00 sebab kat U study law selalu je 4.00,masuk-masuk Poli je 3.7 sebab dari zaman sekolah aku selalu straight A,masuk form 6 selalu pointer cantik,masuk U pointer always 4.00 sebelum aku berhenti UM sebab depression dan kemudian masuk Politeknik pada usia 22 tahun,classmate aku semua 17-19 gitu. 

Sometimes kau gagal capai expectation kau tulah yang ajar kau menerima sesuatu. Dan aku pun mula belajar dari situ,mula terima sesuatu dan belajar lebih lagi. Sebenarnya pointer tu tunjuk usaha kita selama sem tu,eleh bukan aku tak tahu junior-junior Polycc ni study last minute pastu balik asrama/rumah sewa lepas kelas layan TikTok,layan k-drama,dah masak sangat weh🙂.

Actually it's not wrong at all,kalau tu effort kau. Kalau kau study untuk kerja, trust me as Accountant bahawa pointer tu is nothing bila kau takde kemahiran time kerja nanti. Aku ada Diploma je,but bawahan aku ada degree kelas pertama lagi and aku antara yang kena guide dia sebab masih kurang kemahiran itu ini berkaitan bidang dia,dan dalam masa setahun aku dari Assistant Accountant jadi Accountant sebab aku time cuti cari pengalaman dan bina kemahiran before meredah alam pekerjaan.

Aku kerja kat sebuah restoran dan aku selalu bertanya dan biasakan diri dengan ketepatan dari segala macam transaksi dan hubungkan dengan segala yang aku belajar kat Poli. Tak kisah kau bidang apa,but bergantung kat Poli tu tak cukup ,kau kena buat lebih untuk jadi graduan kompetitif,yang majikan nak. Tbh,apa yang aku belajar kat Poli pun aku kadang takleh connect to real life untill aku kerja part time masa cuti sem. 

Jangan down sangat or pressure diri kau sebab if kau terlampau fokus kat exam, exam benda tu sangat, sangat dan sangat (tiga kali aku ulang) bahaya sebab alam pekerjaan dah makin mencabar dan even time mintak kerja transkrip kau 4.00 pun dia tak pandang sebab pandangan dia kau cuma  "mahir kat kertas soalan but not kerja" ,siapa cakap 4 flat kat exam,time mintak kerja terus secure? Hahahahaha.

And aku nasihatkan jangan jadikan exam tujuan kau,instead anggap kau nak belajar something and if kau ada niat nak belajar something, kau takkan kecewa bila tak dapat 4.00 cause tu bukan niat dan tujuan kau,tujuan kau nak belajar bukan nak flex flex kat TikTok or flex kat member. Aku faham some student nak mak ayah happy,but lemme just be honest: start seeking longlasting happiness utk mak ayah korang instead temporary happiness camtu.

The reality is sekarang bukan zaman era sekeping ijazah,bukan era 4.00 terus gaji besar,sekarang era yang mencabar and you must start adapting with that. Sekarang era dimana orang yang kau hina takat SPM tu jadi lagi berjaya dari kau sebab dia usaha walaupun tak mampu masuk U or masuk IPT,kau pulak flex kau masuk U dengan niat nak bangga diri. It's all about usaha dan tak putus asa,bukan fikir yang senang ataupun jalan singkat.

Salah satu penyakit among pelajar IPT is semua dalam zon selesa dan malas dan bila dia masuk dan melangkah ke alam pekerjaan, realitinya dia akan terkejut dan tak boleh nak adapt. Ramai je camni. Kalau kau nak tahu one of top executive kat sebuah Syarikat gergasi (aku taknak mention company tu sbb sensitif skrg tapi dia mostly pasal Oil&Gas) cuma ada sijil ILP je,dan ILP tu pun kat kawasan aku menetap,Kota Samarahan. Jangan sombong. Someone pernah bagitau aku bahawa teknologi kejuruteraan adalah punca kenapa banyak graduan Kejuruteraan menganggur. Aku memang tak setuju ler,diorang yang Teknologi Kejuruteraan kat ILP,IKM,ILKBN,Centex diajar memang ikut industri, ikut sebijik apa yang orang demand,bukan study level teorimacam dia,sekali mintak kerja AutoCAD ngan Revit pun tak reti. Kalau aku jadi majikan pun,memang aku pilih yang ada kemahiran, tak payah nak ajar terus,zaman dah makin cepat, makin kompleks,semua nak cepat macam tu jadinya.

Dan jangan sesekali salahkan sesiapa. Benda ni banyak pelajar buat tanpa fikirkan macam nak keluar dari masalah tu.. Ni tak,tak dapat kerja dah salahkan orang lain(macam si mamat degree Engineering kat atas) seolah-olah nak nampakkan diri kau lack of capability untuk cari solusi,dah tahu kau takde kemahiran takkan duk diam keep babbling? Buatlah sesuatu! Buang malu kau tu nak belajar dari orang lain,even orang yang lagi rendah kelulusan dari kau. Jangan bodoh sombong please,sebab tu aku nasihat jangan sesekali aim 4.00 cause later on it will destroy your own self,kau dah terbiasa berjaya dalam ujian,akhirnya kau yang jatuh bila hakikatnya pointer kau tu tak bermakna apa-apa kalau kau pun tak ingat apa kau belajar, hafal,hafal,hafal untuk final exam..lepas keluar dari IPT auto taktahu apa yang kau belajar.. Even Politeknik  pun susah ada yang susah dapat kerja tahu tak no matter KPT buat demi nak jaga imej Politeknik/Universiti sebab KPT dari dulu tak suka mengaku benda realiti, thats why kalau adik-adik kat Poli/U sekarang akan perasaan pembaharuan dari banyak aspek. Tup tup meningkat kemasukan ke Poli.

Wake up untuk masa depan korang. Realiti pekerjaan memang sakit,and aku cuba tunjukkan realiti tu sebelum korang terkejut betapa kejamnya realiti tu. Bahawa takde siapa kisah kau siapa dulu,takde siapa peduli kau sakit ke tak kalau kau tak datang kerja. Dan kadang-kadang gaji kau tak dibayar walaupun kau penat nak mampus. Alhamdulillah aku bersyukur aku tak macam tu,but try something untuk faham dunia pekerjaan ni macam mana,bacalah luahan orang-orang dah kerja,ambik pengalaman kerja time cuti sem.

Sayangkan masa depan korang please,please get out from comfort zone,be confident,be determined dalam tujuan.  Jangan jadikan 4.00 tujuan kau,itu penipuan kau selama kau di IPT,sebab although 4.00 but kau actually tak faham apa yang kau belajar.

Sekian,
Azraii
Akauntan yang suka membebel tapi baik hati ~




Ulasan

  1. Mantap ayie,nasihat style menampor hahahahaha padu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Siapa cakap budak Kolej Komuniti noob,sumbat tempe dalam mulut dia

Ada lalu sedikit sebanyak stigma terhadap budak Kolej Komuniti bahawa diorang ni budak gagal. Ye ke? Masa aku Politeknik, terdapat budak Kolej Komuniti yang sambung Diploma dan kebanyakan diorang ni jadi pemimpin kat Politeknik dan tersangat matang dan tak macam aku yang terkapai masa tu >>>what's next? Sedangkan diorang dah "this is next!". Di Kolej Komuniti diorang sikit teori dan fokuskan praktikal sampaikan diorang ni power,budak IT Poli pun kalah bai dalam satu pertandingan. Dan bila diorang ni masuk Diploma, diorang ni dah belajar asas semua tu. Dan aku buat teori disebabkan sikap kegigihan diorang ambik sijil,benda tu yang jadikan diorang cemerlang di Politeknik. Indeed,aku pun tak kisah SPM aku gempak sebab benda tu dah lepas.  Sikap tu momentum kau,bukan keputusan. Ramai 4.00 tapi lepas sebulan hilang semua apa dibelajar. Kalau kau meletakkan kecerdasan pada kejayaan masa lalu,kau tak rasa pelik ke sebab manusia sememangnya akan tetap belajar dan kegigih

Hi dunia blog

 Assalamualaikum dan hello, Saya Azraii Daniel Bin Mohamad Luth. Saya berusia 13 tahun ni. Blog ni untuk saya kongsikan minat saya :).>< Tahun ni saya masuk Tingkatan Satu kat Kolej Abdullah Rafqi sebab UPSR saya 6A. Saya ada seorang adik dan dia lahir beberapa bulan yang lepas. Saya suka membaca dan menulis. Selamat berkenalan dengan rakan blogger semua🥰

'Bang,laptop apa bagus untuk Graphic Design?'

Aku baru bukak blog untuk post yang lepas,ada sorang follower ni komen jadi aku reply dalam post sbb blogger sekarang tak dapat tempek link. Before tu nak beli laptop ni kena tengok specs bukan tengok jenama eh, Untuk student aku cadangkan beli specs:  i3 11th Gen/i5 8th Gen Tapi kalau tak cukup bajet jangan beli ,beli yang 1.2k pun dah okey dan guna web application mcm website cloud banyak je sekarang tak perlu download software. Tapi untuk kes adik tu,aku cadangkan laptop DELL Inspiron 15 yang asalnya harga RM2000++ tapi sekarang tengah turun harga RM1,700. Ngam ngam dengan bajet adik tu. Nah ni  boleh tekan link ni Semoga adik dipermudahkan urusan dan berjaya bukan kat akademik je tau tapi pelajar yang terbaik.😁