Langkau ke kandungan utama

Azraii dah jadi pembantu akauntan

Assalamualaikum, hari ni aku nak kongsikan sepanjang beberapa bulan ni jadi penolong akauntan kat syarikat aku bekerja sekarang. Sewaktu Latihan Industri dahulu aku tak banyak didedahkan kepada directly aku kena buat apa tapi takpe,maybe tu satu kelebihan supaya aku bertanya kepada senior akauntan. Aku banyak bertanya pada mulanya kat Kak Yong apa (haha department kitaorang selalu panggil dia gitu termasuk manager sebab tegas). Alhamdulillah, Kak Yong banyak bimbing aku dan kemahiran yang aku asah kat Politeknik dulu. Banyak benda yang aku salah or tak ingat, kena bash kak yonglah tapi takdelah sampai menjatuhkan peribadi gitu, profesional gitu hahaha. Jadi pembantu akauntan ni diperkenalkan dengan software jauh lebih banyak dari yang aku belajar kat Politeknik dulu dan kerja akauntan ni ibarat penjaga gerbang or penjaga gate universiti yang mana anda kena pastikan hanya pelajar sah dan informasi tepat yang masuk. Lebih kurang gitu ler.. Tapi kerja ni taklah menghadap komputer sangat(ye ke ni?). Aku pun rasa macam best kerja pembantu akauntan ni sebab kita orang yang make sure everything was accurate and verified cuma tulah menghadap skrin,mujurlah ada keluar outstation macam pergi cawangan haha.. Gaji? Sebab aku pembantu akauntan, gaji aku RM 1.9k macam tu dengan Diploma dan pengalaman aku tu. Alhamdulillah cukup untuk hidup aku,aku seorang yang hidup minimalis sekarang dan tak hadap dah hiburan ,cukup untuk hidup seorang lelaki yang takde komitmen buat masa sekarang. Aku pun beli motorsikal Honda RS 150 lepas kumpul gaji untuk beberapa bulan supaya senang nak pergi kerja. Personally aku memang suka bawak motor dari kereta sebab boleh elak jem,tahu-tahu je bandar ni kalau jem memang panjang haha. Akhirnya dapat juga aku merasa gaji dengan titik peluh aku sendiri. Aku duduk menyewa kat kampung je,tak jauh dari rumah abah. Biasanya orang tanya first gaji kau beli apa. Aku first gaji tu takde apa sangat,save untuk beli motor katakan sebab pengalaman membazir sebelum sebelum, time nak beli rasa hype,bila dah beli,macam rasa menyesal je. Banyak sebenarnya Software guys Kekadang kalau penat, aku tengok pemandangan kat tingkap je. Pejabat syarikat tu tak jauh dari Sungai yang jadi tarikan pelancong sekarang, nampaklah ada nelayan yang tengah cari rezeki, pemandu bot. Dan matahari terbenam sambil minum koko panas (aku tak suka kopi😅) Tapi since umur aku 25 tahun gitu,ada juga yang bertanya aku dah berpunya ke belum. Mungkin sesetengah orang rasa masih awal sebab umur 28 ni adalah umur yang sesuai untuk berkahwin. Tapi aku tunggu kewangan aku stabil dan aku dah ready(betul-betul ready sebab kat Semenanjung asyik dengar kes cerai,time😥) Ewah tiber pasal nikah pulak haha bukan apa..kekadang aku sunyi dan perlukan pasangan kat sisi aku walaupun aku selalu cakap yang aku taknak kahwin sampai bila-bila if ada orang tanya aku ada niat ke nak kahwin? Tapi tak bolehlah aku nak seyakin tu haha sebab Allah yang membolakbalikan hati seseorang, mana tahu tup tup korang bukak blog ni tengok eh mamat poyo ni dah kahwin..jangan confident sangat eh awak tu boleh single sampai mati. Aku pernah tengok video YouTube kat Jepun ramai orang yang usia 50 an gitu kesepian and sampai bagitau betapa dorang sunyi and perlukan seseorang, aku jumpa kat komen ni. Kekadang komen YouTube buat kita belajar sesuatu..
Yeah..kita takleh nak ego sangat

Ulasan

  1. Mantap,aku pun dah dapat kerja kat Hikmah sia jadi IT executive hahaha kerja duhal best gik dari study wkkwkkwk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha post lamak ya oii aku dah naik sikit jdi akauntan dh kinek,and nang mna kerja best gik dari study🤭

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Weh stop benda ni..disgusting

Kekadang en aku baca gak wattpad sbb byk tengok TikTok yg lalu kt fyp, yes yang lelaki yang tak jutawan,mesti anak raja pastu mafia bunuh orang pervert etc tapi kan disgusting do.. I mean,tak kisahlah setinggi mana perasaan mamat tu kat seorang perempuan lain tapi dia dalam perkahwinan dengan perempuan yang sah isteri but janganlah zalimi isteri kau.  Dia macam ni, contoh aku sekarang tak kahwin lagi dan tiba-tiba bapak aku yang merupakan CEO PELITA paksa aku kahwin dengan seorang gadis then aku pulak takde perasaan pun kat dia,tapi adakah aku zalimi isteri aku sebab aku tak suka dia sampaikan taknak tidur sekatil(actually ni b*doh, sape je tolak weh) pastu taknak hadap muka isteri kau,taknak makan masakan dia. Itu kejam. Emosi isteri tergolong dalam nafkah zahir dan kau sakitkan hati isteri sebab kau tak suka tu dayus. Boleh tak move on..  Aku banyak je baca suami yang zalimi isteri dia sebab suka kat orang lain tak kisah suami dia suka kat perempuan ke lelaki. Kau korbankan ...

Masalahnya kau pon lom kahwin,twittard😭😭

Salah satu sense of humor aku yang kekadang pelik is gelak sorang² lepas baca tweet orang.. Contohnya twittard diatas yang macam aku kahwin pon belom dah jadi Pak Belalang predict nasib orang,aku pun tercari-cari " SELALUNYA"  mana tahu budak ni spy kat rekod Jabatan agama pastu pergi spy pulak kat Lembaga Hasil Dalam Negeri,lepastu spy pulak tiap-tiap majlis kahwin..Baik Jabatan kerajaan tingkatkan keselamatan siber sekarang.  Tapi rilek,kebanyakan gini duk dalam bilik je tengok dunia dari media hinggakan artis yang tengok kat ig,twt tu semua berkekalan🥴 duk dalam tempurung betul tiba-tiba jadi peguam Syariah tak bertauliah. Aku nak percaya pun tak boleh sebab kau pun belum kahwin😭

Hi dunia blog

 Assalamualaikum dan hello, Saya Azraii Daniel Bin Mohamad Luth. Saya berusia 13 tahun ni. Blog ni untuk saya kongsikan minat saya :).>< Tahun ni saya masuk Tingkatan Satu kat Kolej Abdullah Rafqi sebab UPSR saya 6A. Saya ada seorang adik dan dia lahir beberapa bulan yang lepas. Saya suka membaca dan menulis. Selamat berkenalan dengan rakan blogger semua🥰