Aku graduan Politeknik kat Sarawak dan bekas pelajar UM Ijazah Sarjana muda perundangan selama beberapa tahun sebelum berhenti, so far pendapat jujur aku is banyak yang hmmm. Takde beza time aku kat UM dulu,sebab majoriti pelajar dah takde apa dah termasuk aku. Susah nak cari persekitaran yang bermoral,kompetitif, berdisiplin,anehnya Poli dengan Universiti yang dikatakan pelajar “lebih” baik prestasi akademik time SPM . Dan Politeknik sendiri,dan “adik” dia iatu Kolej Komuniti,kawan aku pernah study bahawa peratusan pelajar yang solat lagi tinggi kat Kolej Komuniti,yeah aku tahu apa kaitan? Yang menentukan sikap pelajar tu,yang menyumbang kat pelajar tu bukan setakat tu je,persekitaran, penghayatan, penerapan.
Dan kalau kau nak cari manusia berguna, cari kat Institut Latihan milik Jabatan Tenaga Manusia (kat negeri lain aku taktahu tapi Sarawak aku boleh confirm)…sebab aku ada rakan sekerja yang sangat berdisiplin, dia pun bagitau dia dulu budak nakal, takde tujuan dan lahir dalam keluarga yang susah sampailah dia masuk iljtm. Dia bagitau iljtm ni ibarat pengalaman tempat kerja, kna marah, kna buat sorang-sorang, project level industry.. Mula-mula dia benci gila sbb strict, ibarat mendera but slowly dia faham kenapa. Dan solat berjemaah is benda wajib kat sini..dia cakap buli memang zero kat situ,tapi ada je,terus kena bawak pergi Polis weh yang buli tu.. Dia pernah cakap dulu ada budak Universiti rendahkan dia sebab layak dapat kerja jadi jurutera walaupun cuma ada Diploma Teknologi Mekatronik dari ADTEC Bintulu,siap cakap “Budak Teknologi kejuruteraan merosakkan Kejuruteraan”… Nak tahu tulah level Universiti.. Macam aku dulu suka rendahkan graduan kemahiran. Kitorang diajar berfikir, kritis,mempersoalkan tapi setakat tu je,sebab tu ramai budak Universiti banyak cakap tapi bila nak buat,dia sendiri pun tak tahu,terkapai-kapai cari orang. Ilmu belum cukup dah sambung Master,dan sambung PhD. Bila mintak kerja,” wait what silibus kita tertinggal!”,sedangkan sikap kau yang bawak masalah kat diri kau. Bodoh sombong tak habis-habis,sama je dengan Politeknik kalau pensyarah tu bukan main meninggi bahawa Poli ni lagi bagus dari Universiti, lagi bagus dari IK. Mengipas pelajar, letak dalam zon selesa, bila diorang hadap realiti betapa susahnya cari kerja,baru sedar selama ni dia hidup dalam penipuan pensyarah, penipuan IPT baik kerajaan atau Swasta.
Apa yang aku tak suka kat sesetengah Institut Pendidikan Tinggi kat Malaysia is pensyarah pun budak fresh graduate..kalau UM aku faham bidang akademik(tu pun hmm).. Tapi Politeknik aku memang tak boleh brain..Kerajaan kemain gebang TVET itu ini..senang dapat kerjalah,TVET lakulah,kompetitif, pasaran kerja yang luas..tapi pensyarah hmmm budak graduate takde pengalaman industri. Pensyarah tu aku ambik contoh bidang IT,lepastu apply jadi lecturer kat Poli..apa je yang dia pass kat pelajar?”Teknologi pemacu kemajuan”konon. Dan persoalannya betul ke IT ada kerja kalau Graduan IT pun last choice jadi lecturer Poli lepas apply sana sini? Dan bukan ke berlambak graduan bidang Kejuruteraan, bidang Sains? Nope,aku tak kata kau belajar tinggi-tinggi untuk jadi pekerja je,ada je yang jadi penyelidik..
Aku mintak maaf memang tulisan ni menunjukkan aku jenis kurang ajor,cakap je lebih but nilah benda yang aku dah lama perhati.😤
Kekadang en aku baca gak wattpad sbb byk tengok TikTok yg lalu kt fyp, yes yang lelaki yang tak jutawan,mesti anak raja pastu mafia bunuh orang pervert etc tapi kan disgusting do.. I mean,tak kisahlah setinggi mana perasaan mamat tu kat seorang perempuan lain tapi dia dalam perkahwinan dengan perempuan yang sah isteri but janganlah zalimi isteri kau. Dia macam ni, contoh aku sekarang tak kahwin lagi dan tiba-tiba bapak aku yang merupakan CEO PELITA paksa aku kahwin dengan seorang gadis then aku pulak takde perasaan pun kat dia,tapi adakah aku zalimi isteri aku sebab aku tak suka dia sampaikan taknak tidur sekatil(actually ni b*doh, sape je tolak weh) pastu taknak hadap muka isteri kau,taknak makan masakan dia. Itu kejam. Emosi isteri tergolong dalam nafkah zahir dan kau sakitkan hati isteri sebab kau tak suka tu dayus. Boleh tak move on.. Aku banyak je baca suami yang zalimi isteri dia sebab suka kat orang lain tak kisah suami dia suka kat perempuan ke lelaki. Kau korbankan ...
Ulasan
Catat Ulasan