Langkau ke kandungan utama

Siapa kata parti politik kau akan selamatkan kita?

Aku pelik sesetengah anak muda konon terpaling nak buat ubah itu ini tapi cuma setakat dikerongkong dan awal sebab belum ada kepentingan. Dari zaman pasca kemerdekaan lagi bermodalkan protes dan demonstrasi,tapi apabila individu tu naik jadi pemimpin dan dapat kuasa,dialah yang korup dan makan duit rakyat. Ada jugak yang sampai sekarang suci walaupun banyak connection dengan tokey tokey besar tapi menunggang nama orang miskin, nak bela orang miskin konon,pengundi kau bukan main hina orang miskin dan orang kampung, pentaksub semua baik dia artis ke,pensyarah ke,terpaling kritis ke,7 book banned ke,semua pentaksub,semua  bela boss besar banyak duit dia. Orang ramai yang susah payah tu cumalah masalah. But aku tahu setiap manusia menghambakan sesuatu, dia gebang sana sini bebaskan,bebaskan padahal dia cuma membebaskan kau dari penghambaan sebelumnya ke penghambaan yang baharu: manusia yang rapuh.

Cuma pertanyaan aku selama ni sejak bila anak muda menggubah Malaysia? Bukan Syarikat-Syarikat besar dibelakang yang dorang sembah macam suci tu ke tapi semuanya terperson bila ahli politik pandai sikit berpidato terus "pemimpin ni akan bela kita!" "dia tak macam politician lain",semuanya palsu. 

Oh aku " Jiwa Hamba"? Hahaha kau belum sedar rupanya, buku-buku yang kau baca tu melarikan kau dari realiti,dan tanpa kau sedar jugak semua buku yang kau baca tu PALSU. 

Ahli politik tu manusia, bukan suci. Kau dah menjadikan manusia sebagai dewa kalau kau kata dia akan selamatkan kita,dia akan selamatkan Malaysia. Kau tengok ahli akademik yang menyokong ahli politik tu tengah mabuk ideologi hingga kalau sesiapa serang pemimpin kesayangan dia,dah keluar dari mod ahli akademik konon adil.

Antara perkara yang paling lucu adalah ada yang percaya parti politik tu less evil than parti politik ni. Hahahahaha lawak. Anak muda jangan tertipu dan tengok sesiapa kat dunia ni sebagai manusia, bukan sebagai jelmaan Tuhan. Tapi hakikat manusia adalah hamba kepada sesuatu walaupun dia isytihar dirinya bebas. Berapa lama kita duduk dlm khayalan selama ni? Tertipu dengan media, ahli akademik, yang tak pernah memihak pada masyarakat dan malah menghukum orang kampung sebagai bodoh dan tak seadil dia. 

Aku dari dulu tak percaya kepada penulis aka pejuang, pembela keadilan,pembela hak asasi atau manusia rasa diri dia hero sebab diorang ni berkhayal menulis menentang rasuah,menentang kemiskinan tapi dalam masa yang sama duduk selesa hasil jualan dan bila boss besar(perasuah) kena petik bukan main dia hina orang kampung sehina-hinanya takpun diri kata pejuang anti-rasisme tapi diri stereotaipkan orang Melayu, lawak orang lain salah,tak sentimental,tak asa kesedaran, dia je ada(tulah masalah kebanyakan "intelektual" di Malaysia). Orang Melayu pick me pulak kena keluar dari stereotaip tu dengan hina bangsa dia(macam aku dulu). 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Weh stop benda ni..disgusting

Kekadang en aku baca gak wattpad sbb byk tengok TikTok yg lalu kt fyp, yes yang lelaki yang tak jutawan,mesti anak raja pastu mafia bunuh orang pervert etc tapi kan disgusting do.. I mean,tak kisahlah setinggi mana perasaan mamat tu kat seorang perempuan lain tapi dia dalam perkahwinan dengan perempuan yang sah isteri but janganlah zalimi isteri kau.  Dia macam ni, contoh aku sekarang tak kahwin lagi dan tiba-tiba bapak aku yang merupakan CEO PELITA paksa aku kahwin dengan seorang gadis then aku pulak takde perasaan pun kat dia,tapi adakah aku zalimi isteri aku sebab aku tak suka dia sampaikan taknak tidur sekatil(actually ni b*doh, sape je tolak weh) pastu taknak hadap muka isteri kau,taknak makan masakan dia. Itu kejam. Emosi isteri tergolong dalam nafkah zahir dan kau sakitkan hati isteri sebab kau tak suka tu dayus. Boleh tak move on..  Aku banyak je baca suami yang zalimi isteri dia sebab suka kat orang lain tak kisah suami dia suka kat perempuan ke lelaki. Kau korbankan ...

Masalahnya kau pon lom kahwin,twittard😭😭

Salah satu sense of humor aku yang kekadang pelik is gelak sorang² lepas baca tweet orang.. Contohnya twittard diatas yang macam aku kahwin pon belom dah jadi Pak Belalang predict nasib orang,aku pun tercari-cari " SELALUNYA"  mana tahu budak ni spy kat rekod Jabatan agama pastu pergi spy pulak kat Lembaga Hasil Dalam Negeri,lepastu spy pulak tiap-tiap majlis kahwin..Baik Jabatan kerajaan tingkatkan keselamatan siber sekarang.  Tapi rilek,kebanyakan gini duk dalam bilik je tengok dunia dari media hinggakan artis yang tengok kat ig,twt tu semua berkekalan🥴 duk dalam tempurung betul tiba-tiba jadi peguam Syariah tak bertauliah. Aku nak percaya pun tak boleh sebab kau pun belum kahwin😭

Hi dunia blog

 Assalamualaikum dan hello, Saya Azraii Daniel Bin Mohamad Luth. Saya berusia 13 tahun ni. Blog ni untuk saya kongsikan minat saya :).>< Tahun ni saya masuk Tingkatan Satu kat Kolej Abdullah Rafqi sebab UPSR saya 6A. Saya ada seorang adik dan dia lahir beberapa bulan yang lepas. Saya suka membaca dan menulis. Selamat berkenalan dengan rakan blogger semua🥰