Langkau ke kandungan utama

Still alive

After cubaan bunuh diri dengan overdose aspirin. Aku memang pengsan but sedar-sedar je kat wad hospital dan aku dah tak peduli apalagi,aku menangis sekuat hati aku..Nurse kat depan aku pun kaget. Rupanya dah beberapa hari aku tak sedarkan diri dan macam-macam rawatan untuk keluarkan aspirin dari tubuh aku. Keluarga aku semua kat depan, aku luahkan segala yang ada kat isi hati aku depan diorang. Aku dah cukup jauh,aku ingatkan aku kat jalan yang betul,aku sangka apa yang aku pilih ni yang betul,aku sombong dengan semua orang,sampai ayah pun aku anggap kurang ilmu,aku keliru jalan yang mana satu betul,aku anggap semua ahli agama sampah,aku anggap budak Sekolah agama takde guna,aku rasa diri aku betul,aku berteriak kat jalanraya tu untuk perkara yang aku sendiri tak pasti,aku seksa diri aku,..aku zalim,aku cukup sakit sekarang,aku cuma nampak dua jalan sampai aku terlalu penat untuk menilai jalan yang mana satu,aku sombong, aku ego,aku takut dengan kata-kata manusia,tanpa aku sedar,aku dah lupa jalan kembali, sampai aku mula benci diri aku tanpa sedar,Aku menderita selama ni,setiap aku sakit dengan soalan yang aku cipta sendiri,kat mana jalan yang sebenar-benarnya,kat mana kebahagiaan yang aku kejar selama ni,apa realiti yang sebenarnya, aku tipu diri aku berkali-kali dengan ilusi yang aku cipta,aku Azraii, abang yang lupa diri, aku Azraii yang sombong ni benci keluarga dia sendiri,aku Azraii si lelaki tak guna yang anggap diri aku lebih bijak daripada orang lain..aku siapa sebenarnya?Aku hamba Allah yang hina..Allah,ampunkan aku..maafkan Azraii,abah,ibu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Siapa cakap budak Kolej Komuniti noob,sumbat tempe dalam mulut dia

Ada lalu sedikit sebanyak stigma terhadap budak Kolej Komuniti bahawa diorang ni budak gagal. Ye ke? Masa aku Politeknik, terdapat budak Kolej Komuniti yang sambung Diploma dan kebanyakan diorang ni jadi pemimpin kat Politeknik dan tersangat matang dan tak macam aku yang terkapai masa tu >>>what's next? Sedangkan diorang dah "this is next!". Di Kolej Komuniti diorang sikit teori dan fokuskan praktikal sampaikan diorang ni power,budak IT Poli pun kalah bai dalam satu pertandingan. Dan bila diorang ni masuk Diploma, diorang ni dah belajar asas semua tu. Dan aku buat teori disebabkan sikap kegigihan diorang ambik sijil,benda tu yang jadikan diorang cemerlang di Politeknik. Indeed,aku pun tak kisah SPM aku gempak sebab benda tu dah lepas.  Sikap tu momentum kau,bukan keputusan. Ramai 4.00 tapi lepas sebulan hilang semua apa dibelajar. Kalau kau meletakkan kecerdasan pada kejayaan masa lalu,kau tak rasa pelik ke sebab manusia sememangnya akan tetap belajar dan kegigih

Hi dunia blog

 Assalamualaikum dan hello, Saya Azraii Daniel Bin Mohamad Luth. Saya berusia 13 tahun ni. Blog ni untuk saya kongsikan minat saya :).>< Tahun ni saya masuk Tingkatan Satu kat Kolej Abdullah Rafqi sebab UPSR saya 6A. Saya ada seorang adik dan dia lahir beberapa bulan yang lepas. Saya suka membaca dan menulis. Selamat berkenalan dengan rakan blogger semua🥰

'Bang,laptop apa bagus untuk Graphic Design?'

Aku baru bukak blog untuk post yang lepas,ada sorang follower ni komen jadi aku reply dalam post sbb blogger sekarang tak dapat tempek link. Before tu nak beli laptop ni kena tengok specs bukan tengok jenama eh, Untuk student aku cadangkan beli specs:  i3 11th Gen/i5 8th Gen Tapi kalau tak cukup bajet jangan beli ,beli yang 1.2k pun dah okey dan guna web application mcm website cloud banyak je sekarang tak perlu download software. Tapi untuk kes adik tu,aku cadangkan laptop DELL Inspiron 15 yang asalnya harga RM2000++ tapi sekarang tengah turun harga RM1,700. Ngam ngam dengan bajet adik tu. Nah ni  boleh tekan link ni Semoga adik dipermudahkan urusan dan berjaya bukan kat akademik je tau tapi pelajar yang terbaik.😁